Thursday, September 3, 2009

hari ini saya tulis dalam bahasa melayu

hari ini mereka tolak bas (ketika saya menulis ini, sepatutnya masih Rabu)

terima kasih.

kalau ada video merakamkan kejadian tadi, pasti menarik.


hari ini juga, hari kedua kami mempelajari pengajian malaysia.

kami tonton sedikit klip dari filem Leftenan Adnan, oh dan juga Embun.

hampir saya ingat ada sambungan selepas Leftenan Adnan terkorban. rupa-rupanya hanyalah umie aida juga berlakon dalam filem lain pula.

esok, filem apa pula yang bakal kami tengok ya? um, tentang komunis pula. nama chin peng terus terlintas di minda saya.

saya memang bukan penonton filem melayu. apatah lagi filem berkisarkan sejarah.

jelas sekali, penjajah jepun menjajah otak saya pula setelah lebih 60 tahun menjajah tanah melayu.

filem melayu yang terakhir saya tonton: filem animasi 'geng'. komen saya; majulah industri animasi negara, jika dulu tentera british juga kalah, kemudian tentera jepun yang sangat digeruni turut boleh tewas, leftenan adnan mampu mempertahankan bukit chandi (atau chandu, mana2 sajalah) sehingga titisan darah terakhir, apalah bezanya jika mereka dibandingkan dengan penganimasi zaman sekarang. kita juga boleh bukan? atau mungkinkah isunya tetap sama dari dahulu hingga sekarang? kewangankah?

pencarian maklumat untuk tugasan bagi subjek wajib bernilai 1 kredit ini bermula hari ini.

input hari ini - hak istimewa orang melayu termaktub dalam perlembagaan dalam perkara 153 (perlembagaan mempunyai 183 perkara semuanya pada asalnya ketika diperkenalkan).
fikiran saya: piagam madinah dahulu punya sebanyak perkara beginikah? negara bawah pentadbiran rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik contoh.


pertanyaaan hari ini: adakah cadbury produk israel? persoalan ini dikeluarkan rakan saya. baru sahaja saya melahap separuh bar besar coklat keluaran mereka. sedap.

3 comments:

Unknown said...

haha..
cm lawak lak tgk ko tuleh dlm bm..
hehe..

T said...

FYI, Cadbury originally from Switzerland. Duh... but might be distributed by other company. For example, here in the States, Hershey's distributes Cardbury, but in Malaysia it's Nestle.
Also, most big brand are usually from US or other affluent European countries. Also, so what if Israel produce the product? These nonsensical prejudice from both sides gotta stop.

hudhud said...

iman klakarnye tulis bm:P